Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:

1. Solat sunat Tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil.
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.

No comments:

Post a Comment

Memberhentikan hidup dalam penafian... run  Kembali kepada sebuah kejujuran... nice